Posted by: maman | Disember 24, 2007

Kenapa Kanak2 Perlu Tahu Uruskan Wang?

Bagi yang sudah mempunyai cahaya mata, adakah anda merasakan adalah terlalu awal untuk mendidik anak berkenaan dengan ilmu kewangan?. Fikir sekali lagi.

Anak anda harus tahu ilmu kewangan seawal yang mungkin supaya kisah anak buah maman ni tidak berlaku kepada anda.

Dalam 20 orang anak buah maman, ada seorang ni antara yang kecil baru masuk darjah 1. Dia anak tunggal yang mana semua kehendak mesti turut kata dia walaupun mak dan bapak dia tidaklah senang mana walaupun tidaklah miskin. Kadangkala nenek (emak maman), emak dan ayah dia pun dah surrender dengan dia. Kiasu. Tak boleh kalah. Barang permainan, baju, KFC McD, dan macam-macam lagi barang, kalau dia minta memang kena beli. Kalau tidak maka saksikanlah dia mengamuk tak tentu pasal seharian. Orang kata dia degil tapi kami kata dia bijak dan agresif.

Yang paling baru dan juga yang paling haru bila dia meminta kepada emaknya PS2. Nak sekarang!. Emak maman pula yang bingung nak memujuk dia. Yalah nenek sayangkan cucu.

“berapa harga menda tu” Tanya mak maman kepada maman.
“RM600.00” aku menjawab. Emak maman menelan air liur.
“duit sebulan gaji maknye pun dah banyak tu” jawab mak aku. Bingung juga dia nak pikir bagaimana nak pujuk anak buah aku tu.

Maman terangkan kepada dia, boleh beli PS2 yang diagung-agungkan itu tapi bukanlah sekarang. Maman cuba memberi justifikasi kepada dia benda tu mahal, kena la kumpulkan duit. Dia tak mahu terima. Dia hempas kaki payung kayu yang dia sedang pegang ketika itu ke lantai sebagai tanda protes. Rumah kayu emak maman berdentum jugalah.

Kalau maman ni bukan orang sabar, dah melenting juga agaknya kaki payung itu kembali melantun ke anak buah maman nan sorang ni. Dia ingat dia adik beradik Paris Hilton? Detik hati maman. huhu.

Dia lari ke anjung rumah. Merajuk la tu. Maman dan emaknya duduklah ditepi anjung tu sambil cuba memujuk.

“Kan duit banyak, duit raya ada, ada simpan kat nenek RM29 lagi.. kan banyak tu!” Anak buah maman menjawab. Ermmm kreatif juga anak buah maman ni provoke mak dia. Kognitif.

“Memang lah banyak… tapi semua tu tak cukup lagi nak beli PS2. Cuba Yun kira duit tu semua berapa? Mana cukup. Bila dah cukup baru boleh beli. Bukannya sekarang” maman cuba terangkan menggunakan tonasi yang serendah mungkin.

Dia tetap tak faham, namun maman cuba juga menerangkan banyak kali konsep duit dengan nilai, dengan harapan lama kelamaan dia faham. Maman terangkan kenapa semua barang ada harga. Cerita juga kenapa mak dia cari duit dengan upah menjahit baju. Dan kenapa setiap barang ada nilai RMnya. Dan betapa ada kanak-kanak seusia dia yang lagi malang nasibnya berbanding dengan dia dan PS2 nya itu. Pendek kata, agak mencabar jugalah nak terangkan kepada budak sekecil ini. Dia kata dia ada banyak duit dalam bank. Sorry pls be specific. Hehe kalau banyak tu berapa banyak?… Ada RM200 kata emaknya.

Maman terangkan lagi agar dia faham situasi sebenar kenapa dia tidak boleh membeli barang berharga RM600 dengan duit dia yang cuma ada RM200. Nampak simple tetapi nak beri dia faham agak sukar juga rupanya. Sebelum ini dia tak faham konsep jual beli barang. Mungkin selama ni apa yang dia nak terus ada depan mata dia. Jadi dia tidak mampu lagi untuk menilai sesuatu barang dengan nilai duitnya.

Maman kemudian menerangkan kepada dia konsep menabung. Bila maman terangkan yang dia mesti kumpul lagi RM400 untuk cukupkan RM600, jawapannya : Ah lambat!. Dia terus lari kedalam rumah meninggalkan maman dan emaknya terpinga-pinga. Takpelah kalau dia dah tak nak dengar maman membebel lagi pasal tips pengurusan kewangan. Dia tak tahu kalau nak amik Financial Advisor, ingat murah?!.

Tapi yang mengejutkan maman apabila tak lama lepas tu dia datang kepada maman dengan sekeping kertas yang ditulisnya seperti berikut.

Duit pada nenek = 29.00
Duit raya dlm bank = 200.00
229.00

Nampakna apa yang maman terangkan tadi ada juga kesannya.. Maman hadiahkah dia RM10.00 sebagai moral support.

I am touched.

P/S: Dok tgh pikir macamana nak pujuk dia ubah keputusan supaya jgn beli Ps2 tu kalau duit dia dah cukup nanti..ops!.


Respon

  1. maman, template dah cantik =) Tahniah kerana anda telah masuk ke dunia berblogging. So, aim matlamat anda, apa tujuan berblogging, sampai bila nak berblogging!

    Enjoy…


Leave a response

Your response:

kategori