Kereta dah dapat. Bermakna Thaipusam tahun ini bukan Thaipusam biasa, tapi Thaipusam yang penuh bermakna macam tu la kan. Inilah titik tolak harinya yang mana maman akan memberi ruang kepada parking, tol-tol dan juga stesyen minyak untuk menjamah duit maman barang seringgit dua DAN lebih.
Kegirangan mendapat kereta baru seakan lenyap apabila sudah mula merasa bahang untuk semua diatas. “Tak ape..” itu je la yang keluar dari mendula oblogata ini untuk memujuk hati. Apa-apapun, yang penting, sekarang maman sudah lebih mudah untuk bergerak tanpa bergantung kepada sistem pengangkutan awam lagi walaupun maman tidak berhajat untuk terus tidak menggunakan pengangkutan awam.
Semalam, buat pertama kali, dah mula gatal test kereta pergi gym dan jalan-jalan ke Mid Valley. Singgah ke MPH nak beli buku Ayat-ayat cinta tapi kata staff MPH “Sedang order”. Nampaknya buku ni memang laris sebab maman ada pergi beberapa kedai buku selepas itu, semuanya sudah SOLD OUT.
Pada mulanya, tak adalah nak mencari sangat tapi bila semua dah tak jual rasa nak beli pula membuak-buak. Terasa terpanggil untuk mengetahui apa yang menarik dalam novel ini. Apatah lagi bila banyak komen yang dibaca daripada internet dan viral marekting (mulut ke mulut) mengesyorkan buku ini wajib baca. Lagi teruja apabila mengetahui yang buku ini telah diadaptasi kepada filem.
Penyelesainnya, maman order saja buku ini melalui internet. Mudah. Tak perlu nak habis masa meniti dari kedai ke kedai, tak perlu membazir minyak kereta dan yang penting tak perlu membayar duit parking. Hanya 22.90 + 3.00 (duit pos). Mungkin dalam dua tiga hari ni dapat lah buku tersebut.
Thaipusam tahun ini juga menyaksikan maman memandu daripada KL ke Shah Alam seksyen 25 untuk redeem vaucher window tinted. Memang sesuai cuti-cuti umum macam ini untuk urusan seperti ini, dan lagi mengembirakan bila diatas voucher tertera PUBLIC HOLIDAY 10 am – 5.00 pm.
TETAPI bila sampai kedai yang dihajatkan tertulis : CUTI SEMPENA THAIPUSAM.
Tertekan tak?
Tertekan? agaknya kalau kereta yang dibeli untuk kegunakan peribadi dicampur adukkan supaya menjadi despatch menghantar barang, agaknay apa perasaan kereta yang lawa sarat ngan hadiah untuk diberikan kepada org…MAMAN dah makan
By: WQX (bukan nama sebenar) on Februari 1, 2008
at 5:03 pm
Heheeheheh.. bersabar la ye amamn di hari Thaipusam. Buakn kah thaipusam mengajar kita untuk bersabar…erk! betulke? ekekekek
By: kawe on Februari 5, 2008
at 9:58 am