Orang kata bila dah ada kereta, keinginan untuk berjalan pun secara relatifnya meningkat. “Langkah panjang la lepas ni..” ramai yang cakap macam tu.
Selain daripada budak rumah dan juga rakan sepejabat, antara insan terawal yang maman nak share ‘gadget’ baru ini adalah family di kampung halaman. Jadi meluncurlah MyVi putih ini membelah Lebuhraya Utara Selatan ke Johor. Singgah sebentar di Melaka untuk ambil my sister dan keluarganya balik Johor sekali.
Jika kita merasakan kereta adalah liabiliti, orang lain mungkin beranggapan berbeza. Ada yang menganggap ianya sebagai satu petanda yang hidup kita sudah maju setapak. Mungkin juga ada yang ingat kita nak menunjuk ada duit. Walaupun kita tidak pernah terfikir untuk menggunakan kereta sebagai objek menunjuk-nunjuk tetapi mungkin ada berfikir demikian. Ini yang maman tak berapa faham. Apalah yang perlu dibanggakan dengan kereta sebiji dengan hutang berpuluh ribu dengan bank itu. Adalah orang yang nampak maman bawak kereta baru balik kampung, mulalah bercerita dengan bangga yang anak dia boleh dapat kereta baru macam maman punya tu tanpa bayar satu sen pun. Mungkin itu cara dia nak cerita yang kereta maman tu koman sangat la… entahlah.. waAllahualam.
Di kampung, inilah masanya maman bawak mak di kampung menziarahi adik beradik yang lain. Seronok bawak mak pergi shopping kat bandar Pontian. Macam-macam dia beli nak masak kat rumah anak nanti. Inilah pertama kali maman yang bawa dia jalan macam ni. Dipendekan cerita, duit tol dan duit minyak serta duit-duit sampingan (beli jajan untuk makan dalam kete, untuk anak buah dll) seperti yang dijangka, mencecah beratus ringgit. Jumlah yang berkali-kali ganda daripada maman balik kampung menggunkan perkhidmatan pengangkutan awam. Maman sendiri kagum dengan senarai perbelanjaan pulang kekampung kali ini. Duit sebanyak ini dah boleh cover untuk budget maman makan sebulan, kalau takpundah boleh bayar duit sewa rumah sebulan. Juga membayangkan bagaimana keadaannya jika perbelanjaan ini katakanlah menjadi perbelanjaan bulanan, bila mak maman mengatakan “lepas dah ada kete ni boleh la balik kampung setiap bulan”
Gulp! Huhuhu.
Namun begitu,apa yang pemting mengembirakan dan menyenangkan hati seorang ibu yang sedang dimamah usia seorang diri dikampung itu pada maman lebih bernilai daripada duit yang telah mengalir keluar.
sob sob sob
Berbahagialah anda kerana masih mempunyai ibu. Gunakanlah segala peluang dan kesempatan ini untuk mencurahkan rasa kasih dan sayang pada ibu. Walaupun apa yg telah, sedang dan akan kita lakukan ini tidak ternilai dan terbanding dengan apa yang telah ibu korbankan untuk membesar dan mendidik kita sehingga menjadi diri kita sekarang. Bahagiakanlah dia dan bersyukurlah.
By: kawe on Februari 12, 2008
at 1:46 am
alkisah, sejuk perut ibu mengandung,ada juga anak yang sayang walaupun dok beratus batu,
teruskan usaha murni mu
By: WQX2801(bukan nama sebenar) on Februari 16, 2008
at 3:55 pm