Posted by: maman | Februari 28, 2008

PRU12: Org atas vs org bawah

Usang sudah blog ini? sibuk sangatkah maman dengan PRU12?. hehe? tampal poster ka?? Sekilas pandang, sudah banyak poster BN mulai bergantungan dikawasan rumah flet berfasiliti kondo maman ni. :P . Kalau ikut konsep advertising, jika selalu sangat kita didedahkan dengan logo atau iklan sesuatu barang, kita mungkin akan terbeli barang tersebut. Jadi kalau sudah hari-hari tengok logo BN ni mana tahu kalau-kalau tak sengaja terpangkah BN pulak kan..hehe

Memang maman ada rancang untuk balik kampung pada hari mengundi ini. Nak pangkah sapa tu tak bleh nak cakap la ya(walaupun katanya mereka boleh tahu kita undi siapa melalui nombor siri pada kertas undi tersebut). Kalau tak pergi mengundi pun pergi melawat HQ (bonda) sahaja la . – *untuk merealisasikan misi dan visi ibu maman untuk melihat maman balik kampung setiap bulan.

Menghabiskan bacaan satu buku nampaknya begitu susah dalam usia yang sekarang. Buku Ayat-ayat Cinta yang maman beli online dulu sampai ke tarikh ini masih belum berjumpa mukasurat terakhir. *Kudos untuk ujanailmu.com kerana maman sudah terima buku yang diorder melalui laman web mereka hanya makan masa SATU HARI. Keep up the good job!.

Mungkin setelah ketiadaan astro dirumah ini memberikan maman ruang masa untuk meneruskan aktiviti pembacaan yang lama terbengkalai itu. Astro kami yang ditiadakan oleh ‘orang atas’ memang membuatkan satu rumah tertekan. Jika anda tinggal diflat, anda sebenarnya berpotensi untuk membuatkan jiran ditingkat bawah anda untuk ‘TIADA ASTRO’ walaupun dia ada astro selama ini.Caranya mudah sahaja, ikuti tips yang jiran baru maman yang baru sahaja pindah kesini baru-baru ini : pasang kuali astro anda betul2 diatas kuali astro jiran tingkat bawah anda, bila signal terhalang, maka orang bawah tiadalah dapat menikmati astro lagi…! . Maka menggelupurlah jiran bawah itu yang tidak tahu hujung pangkal kenapa astronya sudah tidak lagi bersiaran… yang terucap dari bibir hanyalah “sialan!”. Sekiranya anda ingin jiran anda merasa lebih tertekan, jangan pindahkan kuali astro anda.. biarlah ia bersemadi ditempatnya yang menghalang signal untuk diterima oleh jiran bawah anda walaupun jiran tersebut sudah memberitahu anda supaya mengalihkan kuali tersebut.

Dan alangkah berbesar hati bila maman adalah jiran bawah tersebut dan kuali astro yang terhalang itu adalah kuali astro rumah kami.

tertekan tak?

P/S: Kalau jiran atas tu tak nak juga alihkan kuali astro dia ketempat yang lebih selamat, kami yang mungkin terpaksa alihkan kuali astro kami. Atas ’semangat kejiranan’ ala orang KL, cuba teka kami cadang nak pindahkan kuali astro tu ke mana?? Ya, kami nak letak betul2 diatas kuali astro jiran atas kami tu. Biar kuali kami menghalang signal kuali dia pulak.. menggunakan konsep what u give, u get back. :P


Leave a response

Your response:

kategori