Salam semua,
Tak kenal maka tak cinta.
Maman adalah panggilan yang keluarga gunakan. Bila ada rakan-rakan yang panggil maman, maka rasa lebih dekat. Close. Mesra dan meriangkan. Sebab itu maman digunapakai sebagai ganti nama dalam blog ini sebab jarak antara anda dan blog ini hanya beberapa cm sahaja..dekatlah tu kan.
Syyhhhh….. jangan bgtahu orang lain, sebenarnya maman tu maknanya adalah “pakcik”. Hehehe. Bermakna, anda sekarang sedang membaca blog seorang pakcik ya. Euww.. pakcik? tuakah? boroikah?.
Tapi jangan risau, pakcik yang menulis blog ini masih muda, hensem dan bujang walaupun maman adalah pakcik tunggal kepada anak-anak buah yang 20 orang itu. Pakcik yang Internet Savvy camtu. Rasa bangga juga sebab dah dianugerahkan ‘gelaran’ ini dalam usia muda ni. Lagipun apa nak dihairankan, Siti Nurhaliza pun dah dapat gelaran Datin Seri dalam usia muda lagi kan…
. Cuma kalau anak buah maman yang paling besar tu yang nak kahwin tak lama tu dah ada anak, maka dapatlah maman title ‘datuk’ dalam usia semuda ni. ermmm…muda???
Salam perkenalan dan rajin-rajin jenguk maman di sini.
Rgds,
maman a.k.a chesoll
Dec 2007
P/S: ada jugak orang cakap maman tu adalah sejenis ulam. hehe..contoh ayat: maman nak makan maman
wa wa wa.. macam kenal jer dak maman nih… (^-^)
By: cekedutzx on Februari 6, 2008
at 12:32 am