Posted by: maman | Mac 17, 2008

Berpindah

relocation.jpg

Setelah menyaksikan keputusan PRU 12 “UNDI UNTUK PERUBAHAN” itu..

maka maman pun mengumumkan blog ini sudah berpindah ke url dibawah;

http://maman.online.net.my

Jumpa disana……….

Posted by: maman | Februari 28, 2008

PRU12: Org atas vs org bawah

Usang sudah blog ini? sibuk sangatkah maman dengan PRU12?. hehe? tampal poster ka?? Sekilas pandang, sudah banyak poster BN mulai bergantungan dikawasan rumah flet berfasiliti kondo maman ni. 😛 . Kalau ikut konsep advertising, jika selalu sangat kita didedahkan dengan logo atau iklan sesuatu barang, kita mungkin akan terbeli barang tersebut. Jadi kalau sudah hari-hari tengok logo BN ni mana tahu kalau-kalau tak sengaja terpangkah BN pulak kan..hehe

Memang maman ada rancang untuk balik kampung pada hari mengundi ini. Nak pangkah sapa tu tak bleh nak cakap la ya(walaupun katanya mereka boleh tahu kita undi siapa melalui nombor siri pada kertas undi tersebut). Kalau tak pergi mengundi pun pergi melawat HQ (bonda) sahaja la . – *untuk merealisasikan misi dan visi ibu maman untuk melihat maman balik kampung setiap bulan.

Menghabiskan bacaan satu buku nampaknya begitu susah dalam usia yang sekarang. Buku Ayat-ayat Cinta yang maman beli online dulu sampai ke tarikh ini masih belum berjumpa mukasurat terakhir. *Kudos untuk ujanailmu.com kerana maman sudah terima buku yang diorder melalui laman web mereka hanya makan masa SATU HARI. Keep up the good job!.

Mungkin setelah ketiadaan astro dirumah ini memberikan maman ruang masa untuk meneruskan aktiviti pembacaan yang lama terbengkalai itu. Astro kami yang ditiadakan oleh ‘orang atas’ memang membuatkan satu rumah tertekan. Jika anda tinggal diflat, anda sebenarnya berpotensi untuk membuatkan jiran ditingkat bawah anda untuk ‘TIADA ASTRO’ walaupun dia ada astro selama ini.Caranya mudah sahaja, ikuti tips yang jiran baru maman yang baru sahaja pindah kesini baru-baru ini : pasang kuali astro anda betul2 diatas kuali astro jiran tingkat bawah anda, bila signal terhalang, maka orang bawah tiadalah dapat menikmati astro lagi…! . Maka menggelupurlah jiran bawah itu yang tidak tahu hujung pangkal kenapa astronya sudah tidak lagi bersiaran… yang terucap dari bibir hanyalah “sialan!”. Sekiranya anda ingin jiran anda merasa lebih tertekan, jangan pindahkan kuali astro anda.. biarlah ia bersemadi ditempatnya yang menghalang signal untuk diterima oleh jiran bawah anda walaupun jiran tersebut sudah memberitahu anda supaya mengalihkan kuali tersebut.

Dan alangkah berbesar hati bila maman adalah jiran bawah tersebut dan kuali astro yang terhalang itu adalah kuali astro rumah kami.

tertekan tak?

P/S: Kalau jiran atas tu tak nak juga alihkan kuali astro dia ketempat yang lebih selamat, kami yang mungkin terpaksa alihkan kuali astro kami. Atas ‘semangat kejiranan’ ala orang KL, cuba teka kami cadang nak pindahkan kuali astro tu ke mana?? Ya, kami nak letak betul2 diatas kuali astro jiran atas kami tu. Biar kuali kami menghalang signal kuali dia pulak.. menggunakan konsep what u give, u get back. 😛

Posted by: maman | Februari 7, 2008

Lagi lagi pasal kereta

Orang kata bila dah ada kereta, keinginan untuk berjalan pun secara relatifnya meningkat. “Langkah panjang la lepas ni..” ramai yang cakap macam tu.

Selain daripada budak rumah dan juga rakan sepejabat, antara insan terawal yang maman nak share ‘gadget’ baru ini adalah family di kampung halaman. Jadi meluncurlah MyVi putih ini membelah Lebuhraya Utara Selatan ke Johor. Singgah sebentar di Melaka untuk ambil my sister dan keluarganya balik Johor sekali.

Jika kita merasakan kereta adalah liabiliti, orang lain mungkin beranggapan berbeza. Ada yang menganggap ianya sebagai satu petanda yang hidup kita sudah maju setapak. Mungkin juga ada yang ingat kita nak menunjuk ada duit. Walaupun kita tidak pernah terfikir untuk menggunakan kereta sebagai objek menunjuk-nunjuk tetapi mungkin ada berfikir demikian. Ini yang maman tak berapa faham. Apalah yang perlu dibanggakan dengan kereta sebiji dengan hutang berpuluh ribu dengan bank itu. Adalah orang yang nampak maman bawak kereta baru balik kampung, mulalah bercerita dengan bangga yang anak dia boleh dapat kereta baru macam maman punya tu tanpa bayar satu sen pun. Mungkin itu cara dia nak cerita yang kereta maman tu koman sangat la… entahlah.. waAllahualam.

Di kampung, inilah masanya maman bawak mak di kampung menziarahi adik beradik yang lain. Seronok bawak mak pergi shopping kat bandar Pontian. Macam-macam dia beli nak masak kat rumah anak nanti. Inilah pertama kali maman yang bawa dia jalan macam ni. Dipendekan cerita, duit tol dan duit minyak serta duit-duit sampingan (beli jajan untuk makan dalam kete, untuk anak buah dll) seperti yang dijangka, mencecah beratus ringgit. Jumlah yang berkali-kali ganda daripada maman balik kampung menggunkan perkhidmatan pengangkutan awam. Maman sendiri kagum dengan senarai perbelanjaan pulang kekampung kali ini. Duit sebanyak ini dah boleh cover untuk budget maman makan sebulan, kalau takpundah boleh bayar duit sewa rumah sebulan. Juga membayangkan bagaimana keadaannya jika perbelanjaan ini katakanlah menjadi perbelanjaan bulanan, bila mak maman mengatakan “lepas dah ada kete ni boleh la balik kampung setiap bulan”

Gulp! Huhuhu.

Namun begitu,apa yang pemting mengembirakan dan menyenangkan hati seorang ibu yang sedang dimamah usia seorang diri dikampung itu pada maman lebih bernilai daripada duit yang telah mengalir keluar.

sob sob sob

Posted by: maman | Januari 24, 2008

Bukan Thaipusam Biasa

Kereta dah dapat. Bermakna Thaipusam tahun ini bukan Thaipusam biasa, tapi Thaipusam yang penuh bermakna macam tu la kan.  Inilah titik tolak harinya yang mana maman akan memberi ruang kepada parking, tol-tol dan juga stesyen minyak untuk menjamah duit maman barang seringgit dua DAN lebih.

Kegirangan mendapat kereta baru seakan lenyap apabila sudah mula merasa bahang untuk semua diatas. “Tak ape..” itu je la yang keluar dari mendula oblogata ini untuk memujuk hati. Apa-apapun, yang penting, sekarang maman sudah lebih mudah untuk bergerak tanpa bergantung kepada sistem pengangkutan awam lagi walaupun maman tidak berhajat untuk terus tidak menggunakan pengangkutan awam.

Semalam, buat pertama kali, dah mula gatal test kereta pergi gym dan jalan-jalan ke Mid Valley. Singgah ke MPH nak beli buku Ayat-ayat cinta tapi kata staff MPH “Sedang order”. Nampaknya buku ni memang laris sebab maman ada pergi beberapa kedai buku selepas itu, semuanya sudah SOLD OUT.

Pada mulanya, tak adalah nak mencari sangat tapi bila semua dah tak jual rasa nak beli pula membuak-buak. Terasa terpanggil untuk  mengetahui apa yang menarik dalam novel ini.  Apatah lagi bila banyak komen yang dibaca daripada internet dan viral marekting (mulut ke mulut) mengesyorkan buku ini wajib baca. Lagi teruja apabila mengetahui yang buku ini telah diadaptasi kepada filem.

Penyelesainnya, maman order saja buku ini melalui internet. Mudah. Tak perlu nak habis masa meniti dari kedai ke kedai, tak perlu membazir minyak kereta dan yang penting tak perlu membayar duit parking. Hanya 22.90 + 3.00 (duit pos). Mungkin dalam dua tiga hari ni dapat lah buku tersebut.

Thaipusam tahun ini juga menyaksikan maman memandu daripada KL ke Shah Alam seksyen 25 untuk redeem vaucher window tinted. Memang sesuai cuti-cuti umum macam ini untuk urusan seperti ini, dan lagi mengembirakan bila diatas voucher tertera PUBLIC HOLIDAY 10 am – 5.00 pm.

TETAPI bila sampai kedai yang dihajatkan tertulis : CUTI SEMPENA THAIPUSAM.

Tertekan tak?

Posted by: maman | Januari 20, 2008

Permainan Hidup

Hidup ini macam games. Bulan ini maman kena keluar duit agak tight. Kereta kena bayar booking. Dua hari lepas salesman dah kutip duit deposit 10% daripada harga kereta. Duit plat dah RM260. Kredit kad dan juga bayaran tetap bil bulanan yang lain tetap tidak berkurang. Kering. Duit bukan segala-galanya tapi kebiasaannya segala benda sedikit sebanyak memerlukan duit.

Macam main game CIMB ni lah. Dapat duit, bayar bil, simpan duit, pinjam duit, kena saman, beli baju, bayar denda dll. Korang bleh try.

Dalam pada itu, usaha nak carik duit extra pun tak gerak2 lagi laju. Yang dah siap adalah setting goal berapa yang maman nak kumpul duit untuk 2008 ini. Impian memang lah kena pasang awal2, macam orang lain supaya maman dapat monitor progressnya setiap bulan. Or setiap hari.

Kita tengok, dah ada hutang kereta ni maman semakin rajin atau semakin tak berapa rajin?.. huhu

thu041.gif

Posted by: maman | Januari 12, 2008

Dimana Sharlinie

Posted by: maman | Januari 6, 2008

eBisnes bukan lagi rahsia di Rahsiaebiz.com

Ada telah mengetahui ramai yang sudah mendapat hasil lumayan yang mudah dengan hanya menjalankan perniagaan di internet. Yang menariknya, sesiapa sahaja boleh menjalankan perniagaan di internet ini termasuklah anda dan ianya selalu membuahkan hasil yang seringkali diluar jangkaan.

Namun begitu adakah ianya semudah yang disangkakan? Fikir sekali lagi.

Bagaimana mereka melakukannya?. Apa rahsia mereka?.

Menjalankan perniagaan ataupun sebarang aktiviti yang mendatangkan imbuhan wang melalui internet sememangnya memerlukan ilmu dan juga pengalaman. Pengalaman yang anda perolehi dengan pembelajaran adalah guru yang paling berharga untuk anda memulakan pencarian wang didunia maya ini. Dan mempelajarinya daripada orang yang berpengalaman adalah cara termudah untuk anda menjimatkan masa. Satu sumber yang mudah anda fahami dan disediakan oleh mereka yang berpengalaman adalah ilmu yang sepatutnya anda cari.

Memperkenalkan Rahsiaebiz.com, satu laman web berbahasa Malaysia yang memberikan anda peluang menerokai pendapatan diinternet dengan pelbagai rahsia, panduan dan tips yang mudah dan praktikal. Disediakan oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia ebisnes menjadikan pelaburan masa anda mencari maklumat dilaman ini berbaloi.

Kenapa? Masih tak percaya?

Cakap banyak pun tak guna, layari dan terokainya hari ini juga ;

www.rahsiaebiz.com

P/S: maman juga telah membeli CD Grafix Limited Edition : kerawang design collection daripada rahsiaebiz yang telah membantu maman menjimatkan masa untuk mencari sumber rujukan grafix yang lain. Penghantaran pun cepat menggunakan PosEkpress. Keep up the good work guys!.

Posted by: maman | Januari 1, 2008

Tukang Jual Kereta

 “We will open the book. Its pages are blank. We are going to put words on them ourselves. The book is called Opportunity and its first chapter is New Year’s Day.”

-Edith Lovejoy Pierce

Selamat Menyambut Tahun Baru dengan penuh semangat dan maman doakan semoga satu demi satu impian anda menjadi realiti .

Kisah entri ini adalah cerita sebelum Tahun Baru 2008. Hakikatnya, pada tarikh 01.01.08 ini maman sudah tangkap satu MyVi sebagai pembuka tirai 2008. Jadi, maman mulai 2008 dengan kereta baru dan secara langsung menambah hutang terbanyak pernah maman buat dalam sejarah hidup maman (selain PTPTN). 😦

***

Salesman A telefon tanyakan kepada maman berkenaan MyVi merah dan tawaran hebat yang diberikan kepada maman. Cepat, tahun baru dah nak tiba ni. Itulah katanaya. Maman kata “ I will call you back”

Maman buat panggilan kepada sorang lagi salesman B.

“saya nak bagtahu tak jadi nak beli kereta dengan abng la”
“Kenapa encik?”
“ada sorang salesman ni nak bg saya cash RM200 kalau beli dari dia termasuk dengan semua free gift yang macam abng bg”
“apa syaratnya”
“saya kena ambil tahun ni”
“takpe, saya bg tawaran yang sama. Saya bg cash RM200 jugak. Kereta tahun 2008, kaler putih.. tak kisah lah”
“ermmm… interesting, I will call you back”

*tapi maman tak ceritalah pasal color merah tu kat dia.

Kemudian maman call sorang lagi salesman C. Gunakan skrip yang sama tapi maman up sikit cash tu jadi RM300. Salesman C cakap ;

“takpe saya bg tawaran yang sama. Saya bg cash jugak RM300, Tinted Voucher RM200. Kereta tahun 2008.. tak kisah lah. Tp kalau abang ambik daripada saya saya bg confirm interest 3.75”

Kemudian maman call semula Salesman B nak bagitahu yang maman nak ambik dari salesman C.

Salesman B ni pun kiasu juga, dia pun up lagi..

“Saya bleh juga try dapatkan abang interest rate 3.75. Saya bagi sama macam Salesman C bagi dengan offer yang sama TAPI saya tambah lagi satu kad Touch N Go valued RM50”

Hehe.

Pada pendapat anda, antara Salesman A, B dan C , yang mana yang maman pilih?

Moral of the story : contohi semangat salesman ini, Tidak mudah mengaku kalah. 🙂

Posted by: maman | Disember 25, 2007

Pasal Prepaid

Kesengsaraan pengguna kad telefon prabayar macan maman adalah apabila terpaksa buat panggilan yang penting atau terpaksa membalas sms segera TETAPI kredit pulak dah habis. Memang bengang…

Lebih mengharukan apabila kedai yang menjual kad prabayar tu terletak jauh daripada rumah. Selalunya situasi seperti ini terjadi kalau balik kampung lah, nak keluar sekadar membeli kad prabayar tu memang tak berbaloi. Almaklumlah harga minyak pun dah naik sama laju macam jumlah pendatang haram kat Malaysia ni saban tahun. Tak payah cerita pasal kat kampung lah, even kalau dirumah kat KL ni pun nak keluar turun ke 7 eleven pun agak berat nak angkat punggung.Kalau topup habis kat KLCC pun, jenuh juga nak berjalan mencari kedai topup. Ada kawan maman lebih rela balik rumah baru topup daripada nak mencari kedai handphone semasa tengah membeli belah.

Maman percaya anda juga pernah mengalami pengalaman yang sama bukan?

Satu kaedah MUDAH yang diperkenalkan oleh rakan maman ialah dengan menggunakan mastereload. Dengan kemudahan ini, maman boleh topup dimana-mana sahaja dengan hanya memberi arahan sms kepada pengendali.. dalam masa beberapa minit, nah telefon bimbit maman sudah sedia untuk digunakan. Jimat masa. Jimat tenaga. Jimat petrol.

Jadi untuk yuran pendaftaran yang hanya RM58 RM25 seumur hidup, maman percaya ini satu pelaburan yang sangat berbaloi… selain untuk kegunaan sendiri, anda juga boleh menjual topup prabayar ini sekiranya anda inginkan pendapatan sampingan.

Jangan Lepaskan Peluang ini.

Cepat! Tawaran yuran pendaftaran RM58 RM25 sahaja seumur hidup tamat pada 07 Januari 2008. Ayuh, klik link dibawah dan daftar mastereload anda sekarang.

YA SAYA INGIN MENDAFTAR SKG!

P/S: Bayaran boleh dilakukan dengan menggunakan akaun bank pilihan anda.

 

Posted by: maman | Disember 24, 2007

Kenapa Kanak2 Perlu Tahu Uruskan Wang?

Bagi yang sudah mempunyai cahaya mata, adakah anda merasakan adalah terlalu awal untuk mendidik anak berkenaan dengan ilmu kewangan?. Fikir sekali lagi.

Anak anda harus tahu ilmu kewangan seawal yang mungkin supaya kisah anak buah maman ni tidak berlaku kepada anda.

Dalam 20 orang anak buah maman, ada seorang ni antara yang kecil baru masuk darjah 1. Dia anak tunggal yang mana semua kehendak mesti turut kata dia walaupun mak dan bapak dia tidaklah senang mana walaupun tidaklah miskin. Kadangkala nenek (emak maman), emak dan ayah dia pun dah surrender dengan dia. Kiasu. Tak boleh kalah. Barang permainan, baju, KFC McD, dan macam-macam lagi barang, kalau dia minta memang kena beli. Kalau tidak maka saksikanlah dia mengamuk tak tentu pasal seharian. Orang kata dia degil tapi kami kata dia bijak dan agresif.

Yang paling baru dan juga yang paling haru bila dia meminta kepada emaknya PS2. Nak sekarang!. Emak maman pula yang bingung nak memujuk dia. Yalah nenek sayangkan cucu.

“berapa harga menda tu” Tanya mak maman kepada maman.
“RM600.00” aku menjawab. Emak maman menelan air liur.
“duit sebulan gaji maknye pun dah banyak tu” jawab mak aku. Bingung juga dia nak pikir bagaimana nak pujuk anak buah aku tu.

Maman terangkan kepada dia, boleh beli PS2 yang diagung-agungkan itu tapi bukanlah sekarang. Maman cuba memberi justifikasi kepada dia benda tu mahal, kena la kumpulkan duit. Dia tak mahu terima. Dia hempas kaki payung kayu yang dia sedang pegang ketika itu ke lantai sebagai tanda protes. Rumah kayu emak maman berdentum jugalah.

Kalau maman ni bukan orang sabar, dah melenting juga agaknya kaki payung itu kembali melantun ke anak buah maman nan sorang ni. Dia ingat dia adik beradik Paris Hilton? Detik hati maman. huhu.

Dia lari ke anjung rumah. Merajuk la tu. Maman dan emaknya duduklah ditepi anjung tu sambil cuba memujuk.

“Kan duit banyak, duit raya ada, ada simpan kat nenek RM29 lagi.. kan banyak tu!” Anak buah maman menjawab. Ermmm kreatif juga anak buah maman ni provoke mak dia. Kognitif.

“Memang lah banyak… tapi semua tu tak cukup lagi nak beli PS2. Cuba Yun kira duit tu semua berapa? Mana cukup. Bila dah cukup baru boleh beli. Bukannya sekarang” maman cuba terangkan menggunakan tonasi yang serendah mungkin.

Dia tetap tak faham, namun maman cuba juga menerangkan banyak kali konsep duit dengan nilai, dengan harapan lama kelamaan dia faham. Maman terangkan kenapa semua barang ada harga. Cerita juga kenapa mak dia cari duit dengan upah menjahit baju. Dan kenapa setiap barang ada nilai RMnya. Dan betapa ada kanak-kanak seusia dia yang lagi malang nasibnya berbanding dengan dia dan PS2 nya itu. Pendek kata, agak mencabar jugalah nak terangkan kepada budak sekecil ini. Dia kata dia ada banyak duit dalam bank. Sorry pls be specific. Hehe kalau banyak tu berapa banyak?… Ada RM200 kata emaknya.

Maman terangkan lagi agar dia faham situasi sebenar kenapa dia tidak boleh membeli barang berharga RM600 dengan duit dia yang cuma ada RM200. Nampak simple tetapi nak beri dia faham agak sukar juga rupanya. Sebelum ini dia tak faham konsep jual beli barang. Mungkin selama ni apa yang dia nak terus ada depan mata dia. Jadi dia tidak mampu lagi untuk menilai sesuatu barang dengan nilai duitnya.

Maman kemudian menerangkan kepada dia konsep menabung. Bila maman terangkan yang dia mesti kumpul lagi RM400 untuk cukupkan RM600, jawapannya : Ah lambat!. Dia terus lari kedalam rumah meninggalkan maman dan emaknya terpinga-pinga. Takpelah kalau dia dah tak nak dengar maman membebel lagi pasal tips pengurusan kewangan. Dia tak tahu kalau nak amik Financial Advisor, ingat murah?!.

Tapi yang mengejutkan maman apabila tak lama lepas tu dia datang kepada maman dengan sekeping kertas yang ditulisnya seperti berikut.

Duit pada nenek = 29.00
Duit raya dlm bank = 200.00
229.00

Nampakna apa yang maman terangkan tadi ada juga kesannya.. Maman hadiahkah dia RM10.00 sebagai moral support.

I am touched.

P/S: Dok tgh pikir macamana nak pujuk dia ubah keputusan supaya jgn beli Ps2 tu kalau duit dia dah cukup nanti..ops!.

Older Posts »

Kategori